Sebagai penghargaan kepada barisan hadapan sepanjang pandemik Covid-19, Alam Flora kembali dengan program tahunan imarah Ramadan,  “Love Food, Hate Waste” dengan  agihan 1,200 bubur lambuk yang dipek di dalam bekas guna semula, kepada anggota Jabatan Lojistik & Teknologi, Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, KL.

 Satu acara serahan rasmi telah diadakan di Bukit Aman, oleh Dato’ Mohd Zain Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, kepada YDH. CP Datuk Seri Mazlan Lazim, Pengarah Jabatan Lojistik & Teknologi, Polis Di Raja Malaysia. Turut hadir, Ustaz Azizi Ab Hamid, Pengerusi Pertubuhan DAI Kuala Lumpur, En Nazar Abdul Raof Ketua Pegawai Operasi Alam Flora Enviromental Solutions (AFES) serta para pegawai kanan jabatan.

Adalah diharapkan usaha menggalakan menggunakan bekas guna semula ini, akan dapat mendidik orang ramai untuk tidak menggunakan plastik sekali guna serta tiada pembaziran makanan terutamanya di bulan Ramadhan ini.