Program 1S1T anjuran Alam Flora kembali semula pada tahun ini, dengan meneruskan beberapa aktivitinya di Temerloh, Pahang baru-baru ini.
Terima kasih kami ucapkan kepada YBhg Datuk Idris Bin Abdullah, Direktor Alam Flora yang sudi ke lokasi program 1S1T di Dataran Esplanade, bagi menyaksikan transformasi yang dilaksanakan untuk menceriakan kawasan dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Acara tahunan Alam Flora ini, bermatlamat untuk membuat penambahbaikkan di kawasan perkhidmatan iaitu aktiviti yang melangkaui bidang skop kerja hakiki, sama ada di kawasan perumahan mahu pun di kawasan komersial.
Selain tranformasi, antara aktiviti lain yang dijalankan seperti penerangan mengenai program zon SOJI, walkabout dan memberi reusable beg kepada orang ramai sebagai tanda sokongan terhadap kempen “No Single Use Plastic Bag”.
Diharapkan program 1S1T ini dapat membuktikan keprihatinan Alam Flora dan terus bekerjasama dengan persatuan penduduk bagi memastikan masyarakat sentiasa menjaga kebersihan di kawasan mereka, selaras dengan Pembangunan Kelestarian iaitu Kelestarian Bandar dan Komuniti.