FIKS berbesar hati menerima lawatan kerja oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu, Tuan Haji Shahidan Embok serta pegawai-pegawai dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Program lawatan ini turut disertai oleh Encik Azahari Zainal Abidin, Ketua Pegawai Kewangan Alam Flora Sdn Bhd, Encik Nazar Abdul Raof, Ketua Pegawai Operasi AFES serta Encik Raja Kamal Azizol Raja Ibrahim, Timb. Pengurus Besar Operasi Alam Flora.
Pelbagai perkongsian menarik mengenai inisiatif kitar semula antara MBKT dan Kumpulan Alam Flora. Semoga sesi lawatan hari ini, dapat membudayakan amalan kitar semula ke arah kelestarian alam sekitar.
Kepada yang berminat untuk mengadakan sesi lawatan seumpama ini, anda boleh hantarkan e-mel kepada kami di fiks@alamflora.com.my.
“Come with a purpose, leave with a plan”