Buat julung kalinya, pengerusi Alam Flora Sdn Bhd yang baru, YBhg. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, telah mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Alam Flora di Glenmarie, Shah Alam. Hadir sama adalah Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corp Berhad, YBhg. Dato’ Sri Che Khalib bin Mohamad Noh dan juga Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad, YBhg. Encik Anwar Syahrin bin Abdul Ajib.

Ketibaan mereka disambut oleh YBhg. Dato’ Mohd Zain bin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Flora serta barisan EXCO.

YBhg. Tan Sri Abu Kassim turut berkesempatan melawat ke Alam Flora Integrated Monitoring System (AIMS) dan Pusat Khidmat Pelanggan, bagi melihat secara dekat sistem pengurusan serta khidmat pelanggan Alam Flora.

Terima kasih YBhg. Tan Sri Abu Kassim kerana sudi hadir melawat ibu pejabat Alam Flora!