Direktor Alam Flora yang baru dilantik, YBhg. Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad, telah mengadakan lawatan sulung ke ibu pejabat Alam Flora di Glenmarie, Shah Alam hari ini. Ketibaan beliau telah disambut oleh YBhg. Dato’ Mohd Zain bin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Flora serta barisan EXCO.
YBhg. Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad telah meluangkan masa melawat ke Alam Flora Integrated Monitoring System (AIMS) bagi melihat secara dekat sistem pengurusan dan pemantauan operasi serta, ke pusat khidmat pelanggan Alam Flora.
Terima kasih YBhg. Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad kerana sudi hadir melawat ibu pejabat Alam Flora!