20 · 06 · 2020
PERTANDINGAN REKA FESYEN WASTE IS AMAZE 2020 SECARA DALAM TALIAN
Kuala Lumpur, 20 Jun – Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) menyahut arahan dengan mengelak dari menganjurkan program beramai-ramai di tempat awam bagi mengelakkan penularan wabak Covid 19 dari merebak.
Justeru, Alam Flora mengambil langkah proaktif serta selamat dalam menyambung usaha membudayakan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di kalangan masyarakat dengan menganjurkan PERTANDINGAN REKA FESYEN WASTE IS AMAZE 2020 yang dilaksanakan secara dalam talian (online) buat julung kalinya.
Pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial secara langsung di Facebook dan Is. Alam Flora dan juga DHES (anak syarikat Alam Flora) telah ditontoni oleh para netizen di seluruh Malaysia dan juga di serata dunia apabila isu jarak serta persempadanan tidak lagi menjadi halangan.
Bertemakan PLASTIC COUTURE, pertandingan yang memasuki tahun ke 8 yang dianjurkan oleh Alam Flora ini, telah disertai oleh 20 orang pereka-pereka amatur dari seluruh negara. Pemilihan tema pada tahun ini adalah sejajar dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat penggunaan NO SINGLE-USE PLASTIC yang semakin meningkat dan menjadi penyumbang utama serta mengancam hidupan lautan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Dato Mohd Zain Hassan, pertandingan seperti ini bukan sahaja telah menarik perhatian ramai peserta golongan muda untuk bertanding, malah ianya melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang rekaan fesyen, terutamannya fesyen busana dari bahan-bahan kitar semula. Ini secara tidak langsung memberi impak yang positif kepada industri fesyen tanahair. Program ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang bukan hanya memfokuskan agenda alam sekitar (SDG 13), malah ianya juga menyentuh tentang kesejahteraan komuniti (SDG 11).
Pemilihan awal telah di buat oleh jawatankuasa pertandingan memandangkan Alam Flora telah menerima lebih 100 penyertaan pada tahun ini. Peserta-peserta yang bertanding adalah dari pelbagai latar belakang termasuklah pelajar-pelajar kolej, guru sekolah, pensyarah, eksekutif dan juga tidak ketinggalan daripada surirumah.
Pemenang pertama PERTANDINGAN REKA FESYEN WASTE IS AMAZE 2020 : PLASTIC COUTURE membawa pulang wang tunai RM1,000.00, 1,000 mata ganjaran Petronas Mesra dan e-sijil penyertaaan. Manakala pemenang kedua pula akan menerima wang tunai RM500.00, 500 mata ganjaran Petronas Mesra dan e-sijil penyertaan dan tempat ketiga wang tunai RM300.00, 300 mata ganjaran Petronas Mesra dan e-sijil penyertaan). Manakala peserta tempat ke 4 – 20 akan menerima 200 mata ganjaran Petronas Mesra dan e-sijil penyertaan. Media Sosial Terbaik pula akan menerima 500 mata ganjaran Petronas Mesra dan e-sijil penyertaan.
Berikut adalah senarai para pemenag pertandingan pada tahun ini:
1.NORFARIZAN BT JAWAHIR – Juara
2. MUHAMMAD HAFIZ B ZAKARIA – Tempat Kedua
3. MOHAMMAD IZZWAN B ABDUL RAHMAN – Tempat Ketiga
Alam Flora SDN BHD