17 · 09 · 2017
ALAM FLORA MENYOKONG 3R DENGAN LEBIH BERGAYA
Bahan-bahan yang boleh dikitar semula diberi nafas baru dalam usaha Alam Flora untuk meneruskan komitmennya untuk menyokong inisiatif 3R melalui pertandingan fesyen yang unik, Waste is Amaze.
Kuala Lumpur, 17 September 2017 – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengorak selangkah lagi dalam usaha membudayakan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di kalangan masyarakat dengan menganjurkan Pertandingan Fesyen Waste is Amaze 2017; iaitu sebuah pertandingan rekaan pakaian yang direka khas dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh di guna (Reuse) dan di kitar semula (Recycle) seperti baju-baju terpakai, kertas suratkhabar, beg plastik, kotak, penutup botol plastik ataupun penutup tin aluminium.
Bertemakan Animal Kingdom Couture, pertandingan yang memasuki tahun keempat yang dianjurkan oleh Alam Flora ini, akan disertai oleh 25 orang pereka-pereka amatur dari seluruh Negara.
”Pemilihan awal telah di buat oleh jawatankuasa pertandingan memandangkan Alam Flora telah menerima lebih 50 penyertaan pada tahun ini. Peserta-peserta yang bertanding adalah dari pelbagai latar belakang termasuklah pelajar-pelajar kolej, guru sekolah, pensyarah, eksekutif dan juga tidak ketinggalan daripada surirumah. Penyertaan yang amat memberansangkan ini menunjukkan bahawa kesedaran orang ramai tentang 3R, kepentingan, kegunaannya dan faedahnya semakin meningkat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Dato’ Mohd Zain Hassan.
Beliau berkata demikian selepas pertandingan akhir Pertandingan Fesyen Waste is Amaze 2017 : Animal Kingdom Courture yang diadakan di Pentas Utama, Esplanade, KLCC Park bersempena Petrosains Science Festival 2017.
Menurut Dato’ Mohd Zain lagi, pertandingan ini bukan sahaja telah menarik perhatian ramai peserta golongan muda untuk bertanding, malah ianya melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang rekaan fesyen, terutamannya fesyen busana dari bahan-bahan kitar semula. Ini secara tidak langsung memberi impak yang positif kepada industri fesyen tanahair dan juga penjagaan alam sekitar.
”Di negara luar, penggunaan bahan-bahan kitar semula untuk dijadikan pakaian bukanlah sesuatu yang baharu. Ianya telah lama dipelopori dan semakin popular di negara-negara Barat. Justeru, kami mengharapkan inisiatif Alam Flora ini dapat mewujudkan peluang dan dapat membantu meningkatkan pembudayaan amalan 3R sekaligus mengurangkan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan sampah di Malaysia” ujar Dato’ Mohd Zain Hassan.
Pemenang pertama Pertandingan Reka Fesyen 3R Waste is Amaze 2017 : Animal Kingdom Couture membawa pulang wang tunai RM1,500.00 beserta trofi, mahkota, selempang serta sijil penyertaaan. Manakala pemenang kedua pula akan menerima wang tunai RM1,000.00 (trofi, selempang dan sijil) dan tempat ketiga wang tunai RM800.00 (trofi, selempang dan sijil). Bagi Best Model pula akan menerima wang tunai RM300.00 beserta trofi, mahkota, selempang serta sijil penyertaan.
Hadir sama adalah juri-juri profesional iaitu Pengarah Kloth Lifestyles, Nik Suzila Nik Hasssan dan Pembaca Berita/Personaliti TV3, Azliyanti Ib-berahim.
Alam Flora SDN BHD