01 · 12 · 2018
AMALAN KONSEP 5R DEMI KELANGSUNGAN HIDUP GENERASI MASA DEPAN
Kuala Lumpur, 17 Mac 2018 – Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan lagi bagi membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan konsep 5R iaitu REFUSE (menolak), REDUCE (mengurangkan), REUSE (guna semula), RECYCLE (kitar semula) dan RECOVERY(pemulihan/diperbaharui) bagi membantu mengurangkan sisa pepejal di tapak perlupusan secara lebih berkesan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekuti Alam Flora Sdn. Bhd (Alam Flora) Dato’ Haji Mohd Zain Hassan, penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling segera. Sekiranya itu berlaku, ia akan memberi impak kepada objektif kerajaan untuk mencapai sasaran kadar kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang tahun 2020.
”Saya amat yakin bahawa rakyat Malaysia sebenarnya sudah pun memahami serta mengamal kitar semula samada di rumah atau pun di pejabat. Seperti contoh, di Kampung Baru ini sendiri, pengetahuan mengenai kitar semula semakin baik sejak sistem pengasingan sisa di peringkat sumber atau ‘Separation at Source’ yang diperkenalkan sejak 3 tahun yang lepas di mana lebih 2 tan sisa kitar semula di kutip sepanjang tempoh tersebut,” ujar Mohd Zain.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran program Keajaiban 3R ataupun ‘The Wonders of 3R’ di Kampung Baru oleh Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Kewangan Kedua, Yang Berhormat, Datuk Seri Johari Abdul Ghani siang tadi.
Tambah Mohd Zain lagi, penambahan dua lagi R pada peringkat permulaan iaitu REFUSE dan R di peringkat akhir konsep tersebut iaitu RECOVERY tidak semestinya dilakukan secara drastik, tetapi boleh dimulakan dari asas sehingga benar-benar mampu mendisiplinkan diri, keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan.
Atas paksi inilah maka, Alam Flora telah melancarkan sebuah program transformasi kawasan perkhidmatan iaitu program “1 Supervisor 1 Transformation Area” atau 1S1T yang bertujuan untuk menceriakan sesebuah kawasan dan secara tidak langsung, ia memberi manfaat kepada masyarakat setempat
Sebagai salah satu program di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat, program transformasi 1S1T berrmula pada Julai 2017 ini, telah dilancarkan di peringkat Wilayah Persekutuan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur sendiri di Kampung Malaysia Raya, pada bulan November 2018. Manakala di peringkat negeri Pahang pula, ia telah pun dilancarkan di Temerloh pada Disember lepas.
Alam Flora SDN BHD