Buat julung kalinya, program Anugerah Khidmat Setia 2022 telah diadakan bagi menghargai 1,148 orang kakitangan Kumpulan Alam Flora yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.
 
Majlis penyerahan plak serta wang tunai disampaikan oleh barisan EXCO kepada kakitangan di ibu pejabat, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan perkhidmatan Pahang.
 
Sekalung tahniah kepada kesemua penerima yang setia berkhidmat dengan kumpulan Alam Flora. Kekalkan rentak kecemerlangan dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini, dan teruskan berjuang bersama-sama Alam Flora.
 
#AnugerahKhidmatSetia #KeluargaAlamFlora #StrongerTogether #KitaJagaKita