Alam Flora mengimarahkan lagi Ramadan dengan program tahunan, “Love Food, Hate Waste” menerusi pengagihan bubur lambuk yang diletakkan di dalam bekas makanan guna semula kepada pengunjung di Bazar Ramadan di Surau Juma’at Al-Hikmah, PPR Beringin, Kuala Lumpur.

Ianya bertujuan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna disamping mengelakkan pembelian secara berlebihan yang boleh mengakibatkan pembaziran dan peningkatan jumlah sampah yang dibuang.

Selain daripada pengedaran bubur lambuk, pihak Alam Flora juga turut menyumbangkan 25 tong kepada para peniaga untuk mengisi minyak masak terpakai untuk dikitar semula menjadi biodiesel. 

 Program telah dihadiri oleh YBrs En Saifol Mazli Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar, DBKL, Tuan Zahir Shari, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan dan En Raja Kamal Azizol Raja Ibrahim, Timbalan  Pegurus Besar  Operasi AFSB Turut hadir, Ustaz Amin Zalmi Abdul Fatah, Pengerusi Surau Juma’at Al Hikmah,  Ustaz Azizi Abd Hamid, Pengerusi Pertubuhan DAI KL dan Puan Norhayati Mat Said, Timbalan Pengarah Bahagian Alam Sekitar, DBKL.

Alam Flora berharap agar usaha kecil ini akan menjadi pencetus kepada satu anjakan tabiat membeli-belah yang lebih positif terhadap alam sekitar apabila kita menyahkan penggunaan plastik sekali guna ini secara total.