20 · 05 · 2020
ALAM FLORA SUMBANG 200 PEK MAKANAN UNTUK BARISAN HADAPAN HKL

Kuala Lumpur, 20 Mei 2020 – Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) menyumbang sebanyak 200 pek makanan berbuka puasa untuk para petugas barisan hadapan COVID 19 yang sedang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.

Sumbangan tersebut adalah di bawah program tanggungjawab sosial korporat Alam Flora yang dikenali sebagai Jalinan Kasih Ramadan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Dato’ Mohd Zain Hassan, pek-pek makanan yang terdiri daripada set nasi kandar, buah-buahan serta minuman, dihantar ke HKL di atas rasa prihatin terhadap pengorbanan para petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19 dan bertambah mencabar ketika di bulan Ramadan yang memerlukan mereka berpuasa ketika bertugas.

“Kami harap sumbangan kecil ini dapat mengurangkan kesusahan dalam menyediakan juadah berbuka dengan kebanyakan daripada gerai makanan yang ada, masih ditutup. Selain dari itu, kami amat terharu dan rendah hati, dapat membantu meringankan beban dan sebagai mengiktiraf pengorbanan barisan hadapan HKL akibat impak daripada COVID-19,” kata Dato’ Zain dalam kenyataan, hari ini.

Terdahuu, sumbangan pek-pek makanan tersebut telah diserahkan kepada wakil HKL iaitu Tuan Haji Ridzoni Sulaiman, Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian, oleh Raja Kamal Azizol Raja Ibrahim, Pengurus Negeri bagi Wilayah Persekutuan yang bertempat di ruang legar, Hospital Kuala Lumpur

Alam Flora SDN BHD

Back to list