24 · 09 · 2018
KUTIPAN MINYAK MASAK MENCECAH 500 TAN
Putrajaya, 24 September 2019 – Sejak memperkenalkan program belian semula minyak masak terpakai pada tahun 2014, DRB-Hicom Environmental Service (DHES), anak syarikat Alam Flora Sdn. Bhd (Alam Flora) telah berjaya mengutip sebanyak 500 tan minyak masak terpakai di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan juga Lembah Klang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, YBhg. Dato. Hj. Mohd Zain bin Hj. Hassan, hasil daripada kesedaran orang ramai terhadap kelestarian alam sekitar dan janaan pendapatan melalui ganjaran tunai hasil daripada penjualan minyak masak terpakai iaitu RM1.10 sekilogram, jumlah kutipan pada tahun ini sahaja (Januari-Ogos 2019), telah mencecah 90 tan melalui penjualan di Pusat Belian Semula Barangan Kitar Semula (Buy Back Centre) dan 3R ON WHEELS (3ROW).
“Bermula tahun ini, Alam Flora dan DHES, giat menjalankan program-program kesedaran awam melalui kaedah roving bersama-sama 3ROW, yang bukan sahaja mempromosi dan membeli semula minyak masak terpakai. Malah 3ROW juga membeli semula semua jenis bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik, tin aluminium dan juga e-waste,” jelas Dato. Mohd Zain Hassan.
Antara program yang dilaksanakan termasuk CYBER ECO HUNT 2019 anjuran DHES dan Alam Flora, yang disertai oleh 30 orang key opinion leader (KOL), influencer dan penulis blog; termasuk Sufian Suhaimi (KOL & Penyanyi) dan Faizdickie (pereka kandungan YouTube & Media Sosial), Tiad Chan (vlogger) dan Rabiatul Adawiyah (penulis blog).
CYBER ECO HUNT 2019
Mohd Zain berkata, informasi tentang penjagaan kebersihan dan alam sekitar melalui media sosial, memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat menerima maklumat yang pantas dan tepat untuk digunakan dalam aktiviti seharian. Di atas tujuan itu, pengaruh rangkaian komuniti sosial seperti KOL, influencer serta penulis-penulis blog dimanfaatkan melalui program CYBER ECO HUNT 2019 yang mengetengahkan isu-isu kelestarian alam sekitar, kempen-kempen dan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh DHES dan Alam Flora.
“Diharapkan pengaruh daripada komuniti ini, dapat membuka mata dan meningkatkan lagi kesedaran netizen-netizen bagi menyebarkan atau viral mesej-mesej di dalam dunia siber,demi kelangsungan kelestarian alam sekitar dan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita nanti,” kata Mohd Zain.
Kesemua peserta Cyber Eco Hunt 2019 diwajibkan untuk memuat naik foto atau video di laman-laman sosial bersertakan tanda pagar #CyberEcoHunt2019.
Tempat pertama bagi setiap kategori (KOL, influencer dan penulis blog) akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM700. Manakala tempat kedua RM500 dan tempat ketiga pula sebanyak RM300.
RINGKASAN CYBER ECO HUNT 2019
• Jumlah Peserta – 30 orang (6 key opinion leader (KOL), 8 influencer dan 16 penulis blog)
• Jumlah Tugasan – 7 tugasan
• Jumlah Check Point – 4 Check Point
(i) Ibu Pejabat Alam Flora di Wisma DRB-Hicom, Glenmarie, Shah Alam
Tugasan: Merasai sendiri pengalaman servis penyelenggaraan bangunan, seperti pengindahan dan pengurusan landskap, pembersihan bangunan, pengurusan fasiliti aset, penyelanggaraan sumber elektrik dan pendingin udara.
(ii) River of Life (ROL) di Kuala Lumpur
Tugasan: Mempromosi dan demonstrasi kempen “Buang Sampah di dalam Tong Sampah” dan “Love Food Hate Waste” termasuk “Say No to Straw” dan “Bring Your Own Lunch Container” secara kreatif.
(iii) *Presint 9, Putrajaya
Tugasan: Membantu 10 orang surirumah terpilih, untuk menyimpan dan menjual minyak masak terpakai melalui 3R On Wheels serta menerima ganjaran tunai serta mata ganjaran PETRONAS Mesra. Turut mempromosi kempen “Thrash to Treasure”
(iv) IRF Putrajaya
Tugasan: Mengasingkan barangan kitar semula mengikut kategori masing-masing dan juga mencipta rangka seni yang dihasilkan melalui botol-botol plastik.
Alam Flora SDN BHD