Terima kasih di atas kesudian Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad (MCB), YBhg. Encik Anwar Syahrin Abdul Ajib dan pegawai-pegawai dari Malakoff, yang turun padang melawat kakitangan Alam Flora dan AFES, yang terkesan akibat banjir yang melanda Pahang baru-baru ini. Alhamdulillah, sumbangan dalam bentuk barangan dan wang tunai oleh Malakoff, Alam Flora dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan Alam Flora (KRKAF), turut diadakan ketika lawatan ke rumah mangsa banjir di Temerloh. Turut serta adalah Ketua Pegawai Esekutif Alam Flora, YBhg. Dato Mohd Zain Hassan dan barisan EXCO Alam Flora. Semoga sumbangan ini mampu meringankan sedikit bebanan yang mereka hadapi. Bak kata pepatah, “Ringan sama dijinjing, berat sama di pikul”. “Sesungguhnya kita milik Allah dan akan kembali kepada-Nya, Ya Allah berikan aku pahala dalam musibahku ini dan gantikan dengan yang lebih baik darinya.”