Lawatan kerja Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad (MCB), YBhg. Encik Anwar Syahrin Abdul Ajib ke Tapak Pelupusan Belenggu Halt di Temerloh, Pahang yang dikendalikan oleh anak syarikat Alam Flora iaitu AFES. Satu taklimat situasi banjir terkini di Temerloh telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi AFES, Encik Nazar Raof. Beliau juga turut memberi penerangan operasi tapak perlupusan Belenggu Halt. Ianya diikuti dengan sesi lawatan ke tapak perlupusan, meninjau program Plastic to Fuel (PTF), Black Soldier Fly (BSF) dan juga Leachate Treatment Plant (LTP). Lawatan kerja tersebut turut disertai oleh wakil-wakil dari MCB iaitu Encik Md Yuha Ismail, Puan Leny Safinaz Ismail. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, YBhg. Dato’ Mohd Zain Hassan dan barisan EXCO Alam Flora. Diharapkan sesi lawatan ringkas ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai operasi tapak pelupusan sanitari di Belenggu Halt ini yang mana, menguruskan kira kira 120 tan sisa pepejal dalam sehari. Sebagai anak syarikat kepada MCB, kami amat berbesar hati atas kesudian En Anwar Syarin dan para pegawainya, turun padang ke Belenggu Halt untuk melihat dengan sendirinya operasi tapak pelupusan sanitari.