Pada petang tadi, YBhg. Datuk Dr. Mary Wong Lai Lin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pegawainya telah mengadakan lawatan sulung ke Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) bagi melihat secara dekat aktiviti pengurusan sisa kitar semula serta fasiliti-fasiliti yang terdapat di FIKS.
YBhg. Datuk Dr. Mary Wong telah berkesempatan melawat Integrated Recycling Facility (IRF) dan fasiliti-fasiliti lain yang terdapat di FIKS. Taklimat disampaikan oleh Encik Nazar Abdul Raof, Ketua Pegawai Operasi Alam Flora Environmental Solutions (AFES).
Terima kasih YBhg. Datuk Dr. Mary Wong kerana sudi datang ke FIKS dan juga berkongsi idea dan pandangan dalam memantapkan lagi peranan FIKS sebagai salah satu usaha Kumpulan Alam Flora untuk menuju ke arah kelestarian alam sekitar, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Terima kasih YBhg. Tan Sri Abu Kassim kerana sudi hadir melawat ibu pejabat Alam Flora!