Terima kasih di atas kesudian Datuk Hajah Zuraida Binti Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di atas lawatan kerja ke Insinerator Pulau Pangkor. Turut dihadiri Y.B Dr. Daroyyah Binti Alwi, Pengerusi SWCORP, YBhg. Dato’ Hj Mohd Zain Bin Hj. Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd. Yang Berusaha Tuan Syamsul Hazeman Bin Salleh, Yang dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Y.B Dato’ Nolee Ashilin Binti Dato’ Mohammed Radzi, Y.B. Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan, Perak (EXCO), Yang Berusaha Encik Nazar Abdul Raof, Ketua Pegawai Operasi AFES Sdn. Bhd., Yang Berusaha Tuan Haji IR Abdul Nasir Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah JPSPN, Yang Berusaha Puan Noreha Muslim, Timbalan Ketua Pengarah JPSPN, Yang Berusaha Tuan Haji Ismail Bin Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif SWCORP dan pegawai-pegawai yang terlibat.
Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat pengurusan sisa serta operasi Insinerator di Pulau Pangkor. Di samping itu juga ,YB Datuk Hajah Zuraida turut merasmikan pusat kecemerlangan atau ‘Centre of Excellence’ (CoE), yang menyediakan pelbagai maklumat serta bahan pembelajaran mengenai fasiliti insinerator ini.
Satu sesi taklimat pengurusan sisa serta operasi insinerator turut disampaikan oleh Encik Nazar Abdul Raof, Ketua Pegawai Operasi AFES Sdn. Bhd. Ini diikuti dengan lawatan ke bilik kawalan operasi.
Semoga lawatan kerja ini dapat memberi gambaran jelas tentang pengurusan sisa serta operasi di Insinerator Pulau Pangkor yang diuruskan oleh AFES Sdn. Bhd.