FIKS berbesar hati menerima kunjungan daripada YBhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Persekitaran Mampan) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan YBrs. Tuan Haji Ismail bin Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp.
Kehadiran mereka telah disambut oleh YBhg. Dato’ Mohd Zain bin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora.
Ketika lawatan, kami telah berkongsi dengan para tetamu mengenai inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Alam Flora, selari dengan objektif syarikat untuk mencapai tujuan melangkaui pengurusan sisa pepejal dan kitaran ekonomi.
Ribuan terima kasih kepada YBhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan dan YBrs. Tuan Haji Ismail bin Mokhtar yang sudi meluangkan masa untuk melawat FIKS hari ini.
Bagi membuat tempahan slot lawatan ke FIKS, hantarkan emel kepada kami di fiks@alamflora.com.my atau klik pautan di website Alam Flora.
“Come with a purpose, leave with a plan”
#JomRawatBumi
#StopWaterPollution
#FIKS