Pada petang tadi, Pengerusi Alam Flora Sdn Bhd yang baru, YBhg. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, telah mengadakan lawatan sulung ke Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) bagi melihat secara dekat aktiviti pengurusan sisa kitar semula serta fasiliti-fasiliti yang terdapat di FIKS.
Ketibaan beliau disambut oleh YBhg. Dato’ Mohd Zain bin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Flora serta barisan EXCO.
YBhg. Tan Sri Abu Kassim juga berkesempatan melawat ke Integrated Recycling Facility (IRF) dan telah diberi taklimat oleh Encik Nazar Abdul Raof, selaku COO Alam Flora Environmental Solutions (AFES).
Terima kasih YBhg. Tan Sri Abu Kassim kerana sudi datang ke FIKS dan juga berkongsi idea dan pandangan dalam memantapkan lagi peranan FIKS sebagai salah satu usaha Kumpulan Alam Flora untuk menuju ke arah kelestarian alam sekitar, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Terima kasih YBhg. Tan Sri Abu Kassim kerana sudi hadir melawat ibu pejabat Alam Flora!