Lawatan Kerja YBhg. Datuk Idris Bin Abdullah, Direktor Alam Flora ke Belenggu Halt Landfill, Temerloh Pahang.
Lawatan kedua kali ini sedikit berbeza dengan sebelumnya. Pembentangan pembaharuan dan maklumat terkini tentang operasi di Landfill Belenggu Halt telah dibentangkan oleh Encik Nazar Abdul Raof, Ketua Pegawai Operasi Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd.
Turut serta mengiringi sesi lawatan YBhg Dato’ Mohd Zain Bin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif, Alam Flora Sdn Bhd, YBrs. Encik Azahari Zainal Abidin, Ketua Pegawai Kewangan Alam Flora Sdn Bhd, YBrs. Encik Nazar Abdul Raof, Ketua Pegawai Operasi Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (AFES), YBrs. Encik Raja Kamal Azizol Raja Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar Operasi Alam Flora Sdn Bhd, kakitangan Alam Flora dan AFES.
Sesi tanam pokok merupakan gimik lawatan sebelum sesi bergambar secara berkumpulan. Sejurus sesi bergambar, aktiviti lawatan menyusul. Lokasi pertama adalah melihat pusat pembiakan “Black Soldier Fly”, Landfill, Leachate Treatment Plant & Gas).
Semoga lawatan ini memberikan kesedaran terhadap usaha inovasi pengurusan sisa pepejal selari dengan misi dalam mencapai Sustainable Development Goals (SDG)