Seramai 66 orang daripada PUSPANITA hadir untuk sesi lawatan kerja di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS). Turut di hadiri, YBhg. Puan Sri Norizam Binti Che Mohd Nor, Yang DiPertua PUSPANITA, YBhg. Puan Sri Maisarah Binti Mokhtar, Timbalan Yang DiPertua Satu, PUSPANITA, YBhg. Datin Dr. Siti Hanom Binti Marjuni, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Dr. Daroyah Binti Alwi, Pengerusi SWCorp Malaysia serta Para perwakilan PUSPANITA dan SWCorp.
Delegasi disambut oleh YBhg. Dato’ Mohd Zain Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, YBrs En. Nazar Abdul Raof, Ketua Pegawai Operasi Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (AFES).
Objektif lawatan adalah untuk memperkenalkan FIKS kepada PUSPANITA dan memberi penerangan yang lebih mendalam tentang amalan, kesedaran dan kelebihan kitar semula.
Penerangan dilaksanakan dalam bentuk yang kreatif dan permainan kitar semula. Peserta dibahagikan kepada pecahan 6 kumpulan dan pergerakan di pantau oleh Pegawai SWCORP dan Kumpulan Alam Flora. Pecahan kumpulan dilaksanakan demi menjaga SOP dan penjarakan sosial dalam program lawatan.
Sukacita dimaklumkan sejak setahun penubuhan FIKS, telah berjaya menarik minat ramai untuk melawat fasiliti ini. Setakat ini sejumlah 2,000 orang telah melawat FIKS.
Akibat dari pendemik COVID19, tidak memyekat FIKS membuka pintu kepada para pelawat menerusi lawatan secara maya dan ia membolehkan lebih ramai lagi orang ramai melawati FIKS secara virtual.
Usaha pembinaan fasiliti ini juga dapat membantu pihak kerajaan mencapai matlamat mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang boleh dikitar semula ke tapak pelupusan sampah iaitu sasaran pengurangan sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2025.
Kumpulan Alam Flora berharap agar dengan adanya fasiliti seperti FIKS ini, ia akan membantu menghasilkan satu transformasi serta kesedaran akan pentingnya menjalankan aktiviti kitar semula dan keperluan mewujudkan satu persekitaran yang bersih lagi sihat.
Terima kasih kepada pihak PUSPANITA terutamanya kepada YBhg. Puan Sri Norizam Binti Che Mohd Nor, diatas kesudian mengadakan lawatan ke FIKS ini. Adalah besar harapan kami agar pengetahuan yang dapat kami kongsikan pada hari ini akan memberi manfaat kepada kita semua.