Terima kasih kepada YBrs. En. Anwar Syahrin Abdul Ajib, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad di atas lawatan kerja ke Insinerator di Cameron Highlands, Pahang.
Turut serta YBhg Dato’ Mohd Zain Bin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, barisan EXCO Alam Flora Sdn Bhd, wakil Malakoff Corporation Berhad dan operasi Alam Flora.
Sesi pembentangan di insinerator telah dilaksanakan oleh En. Nazar Abdul Raof, Ketua Pegawai Operasi Alam Flora dan juga Dr. Mohd Nor, Konsultan AFES Sdn. Bhd.
Kemudian sesi lawatan ke bilik kawalan Insinerator untuk melihat proses pengurusan, pembakaran dan juga kawalan. Program diakhiri dengan sesi bergambar.