Tahniah kepada semua 25 orang sahabat di Operasi Lapangan Kuala Lumpur yang telah lulus dan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bahagian Operasi Manual Pembersihan Awam melalui program Skim Latihan Dual Nasional (SLDN).

Mereka diraikan di Majlis Konvokesyen SWCorp dengan kerjasama Alam Flora yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang baru-baru ini.

Semoga terus cemerlang dan memartabatkan lagi Industri Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia.

Tahniah sekali lagi.