Bersempena Majlis Pelancaran Inisiatif Hijau siang tadi, Alam Flora telah dianugerahkan sijil penghargaan di atas penglibatan dalam projek pengkomposan sisa-sisa organik di Cameron Highlands.
Sijil tersebut telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Inisiatif Hijau Cameron Highlands adalah kerjasama antara SWCorp dan Japan International Cooperation Agency (JICA) melalui Kerajaan Tempatan Bandar Kitakyushu, Japan.
Tujuan perlaksanaan inisiatif ini adalah untuk merawat sisa-sisa organik di Cameron Highlands daripada dibuang ke tapak pelupusan melalui proses rawatan sisa dengan menggunakan mesin kompos berkapasiti 2 tan sehari.
Pada majlis yang sama, Alam Flora turut terlibat dalam pembentangan kertas kerja dalam seminar tersebut dan pempamer di mana pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk aktiviti kitar tinggi bersama Abang Mat 3R Alam Flora. Pelawat pameran turut diberikan penerangan tentang kesedaran awam tentang penjagaan alam sekitar.
Turut melawat pameran Alam Flora ialah Pengerusi Alam Flora YBhg Tan Sri Abu Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora YBhg. Dato Mohd Zain Hassan.
KPKT Malaysia Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam – SWCorp
#JomRawatBumi
#StopWaterPollution
#InisiatifHijauCameronHighlands