Malaysia Urban Forum 2022 (MUF 2022), forum peringkat kebangsaan telah berlangsung selama tiga hari bermula 16-18 Oktober 2022.
Dengan bertemakan Tindakan Tempatan Kepada Bandar dan Komuniti Berdaya Tahan Masa Hadapan, Alam Flora telah bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk mempamerkan inisiatif ekonomi sirkular kami iaitu menerusi Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS).
Ia bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap aktiviti kitar semula dan pengurusan sisa yang lebih lestari.