01 · 12 · 2018
NIKMATI INSENTIF TUNAI DAN MATA GANJARAN MELALUI AKTIVITI KITAR SEMULA

Kuala Lumpur, 1 Disember 2018 – Kesemua pemegang kad Mesra Petronas bakal menikmati insentif wang tunai dan mata ganjaran sekiranya mereka menjual barangan kitar semula kepada Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) bermula 1 Disember 2018.

Ia merupakan tawaran istimewa daripada Alam Flora dengan kerjasama Petronas Dagangan Bhd. (Petronas) sebagai usaha berterusan untuk menggalak dan meningkatkan penyertaan orang ramai dalam membantu mengurangkan sisa di tapak pelupusan sampah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, inisiatif tersebut merupakan salah satu langkah syarikat konsesi itu yang sentiasa menyokong hasrat kerajaan melaksanakan pengasingan sisa pepejal, sekaligus meningkatkan aktiviti 3R (guna semula, kurangkan, kitar semula).

“Apabila pemegang kad menjual barangan kitar semula kepada kami, barangan tersebut akan ditimbang dan di bayar mengikut harga pasaran. Pada masa yang sama, mereka juga akan diberikan mata ganjaran yang akan diisi dalam kad Mesra Petronas,” jelas Mohd Zain.

Selain menebus mata ganjaran di PUSAT BELIAN SEMULA BARANGAN KITAR SEMULA yang terletak di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Alam Flora juga akan membuat kutipan secara bergerak dengan menggunakan kenderaan 3R ON WHEELS di sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan swasta serta kawasan tumpuan awam yang telah dikenalpasti di kawasan konsensi Alam Flora, iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.

Jadual kutipan pula, akan diviralkan di plaform-platform media sosial Alam Flora seperti Facebook, Twitter dan Instagram bagi memudahkan pemegang kad Mesra Petronas merancang dan menghantar barangan kitar semula mereka untuk di jual.Berikut adalah pengiraan mata ganjaran

khas untuk pemegang Kad Mesra Petronas:

Kategori A

Jenis Barangan – Minyak Masak Terpakai dan Tin Aluminium

Mata Ganjaran – 3 Mata Ganjaran setiap 1 kilogram 2 |

Kategori B

Jenis Barangan – Kertas Suratkhabar, Kertas Hitam Putih, Kotak, Kertas Bercampur, Majalah, Tetrapak, Tin Ringan, Plastik.

Mata Ganjaran – 1 Mata Ganjaran setiap 1 kilogram

Bagi yang menjual barangan kitar semula melebihi 5 kilogram ke atas pula, 5 mata ganjaran bonus akan di tambah dalam kad Mesra Petronas. Manakala untuk insentif tunai pula, sila lihat lampiran untuk harga senarai harga-harga jualan barangan kitar semula mengikut harga pasaran.

Alam Flora SDN BHD

Back to list