SWCorp bersama-sama dengan Alam Flora telah melaksanakan Operasi Pembersihan & Penutupan lokasi tapak sampah haram yang ke-127 di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.
Lokasi sampah haram tersebut dilawati oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Tuan Nga Kor Ming dan CEO SWCorp, YBrs. Tuan Haji Ismail Mokhtar. Hadir sama melawat lokasi ialah YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ketua Pegawai Operasi Alam Flora, En. Azahari Zainal Abidin.
Lokasi sampah haram ini kebiasaannya dipenuhi dengan sisa domestik, sisa binaan dan sisa pukal lain. Aktiviti pembuangan sampah haram ini dilakukan oleh orang awam yang tidak bertanggungjawab.
Dengan adanya operasi seperti ini, aktiviti pembuangan sampah haram dapat dibendung dan penduduk setempat dapat hidup dalam persekitaran yang selesa.
Sama-sama kita cegah kegiatan sampah haram ini!
#JomRawatBumi #GlobalWarmingAlert #OperasiSampahHaram