Sekitar pelancaran Kios “1 Komuniti 1 Kitar Semula” di PPR Seri Alam, Sg. Besi oleh YBhg. Datuk Seri Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur pada pagi 13 Mac 2021 (Sabtu).
Turut hadir Dato’ Mohd Zain Bin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Pegawai dari Swcorp, DBKL serta team Alam Flora.
3R on Wheels Alam Flora juga dipamerkan, di mana penerangan fungsi dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam mendidik masyarakat tentang pengetahuan kitar semula. Terima kasih kepada DBKL kerana menjemput kami untuk menyertai pameran ini.
Kios “1 Komuniti 1 Kitar Semula” ini berperanan :
1. Membudayakan amalan kitar semula dengan pemberian insentif (keperluan asas) bagi setiap barang yang dikitar semula kepada komuniti setempat terutama golongan B40. Program ini juga merupakan salah satu program di bawah Program Wilayah Prihatin kerana kadar tukaran barang asas tersebut ditanggung oleh DBKL sebanyak 40%.
2. Meningkatkan kesedaran kepada komuniti berkenaan amalan kitar semula di rumah
3. Mengamalkan pengasingan sisa yang boleh dikitar semula (separation at source)
4. Menggalakkan pengasingan sisa organik (sisa makanan) yang boleh dijadikan kompos seterusnya menggalakkan aktiviti penanaman kebun bandar
5. Dapat mengurangkan pelepasan karbon serta dapat mengurangkan penghantaran sampah ke tapak pelupusan dan seterusnya dapat mengurangkan kos pelupusan tersebut.
Sasaran DBKL adalah untuk menyediakan sekurang-kurangnya 1 kios bagi setiap Parlimen di WPKL.