Pusat Kitar Semula Pandu Lalu atau Drive-Thru Recycling Centre (DTRC) kini diwujudkan di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS), Putrajaya!
Konsep pandu lalu ini pastinya dapat memberikan kemudahan kepada orang awam untuk mengitar semula dan sekaligus mendidik mereka supaya mengurangkan jumlah sampah yang akan dihantar ke tapak pelupusan sampah.
DTRC telah dirasmikan oleh Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Puan Ummi Khaltum bersama Ketua Pegawai Operasi Alam Flora, En. Azahari Zainal Abidin kelmarin.
Sebanyak 73.5kg barangan kitar semula sudah dikutip pada hari perasmian DRTC!
Nak kitar semula tetapi anda nak cepat? Jangan risau, FIKS bersedia untuk anda!
#JomRawatBumi #GlobalWarmingAlert #DTRC