Atas dasar prihatin serta mengenang jasa dan bakti para frontliners, Alam Flora mengagihkan 1,100 pek prihatin kepada mereka di beberapa lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), COVID-19 Assessment Centre (CAC) dan Pusat Khidmat Gelandangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Kempen di bawah program Alam Flora Prihatin bermula siang tadi sehingga 15 Julai.

Pek prihatin ini dilengkapi set hidangan dalam bekas guna semula, set sanitasi tangan dan lencana butang Alam Flora Prihatin.

Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, YBhg. Dato’ Mohd Zain Hassan yang meluangkan masa untuk membuat penyerahan secara simbolik pek Alam Flora Prihatin kepada YBhg Datuk Dr Param Jeeth Singh a/l Pakar Singh, Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL & P) hari ini.

Alam Flora yang juga ahli frontliners, amat memahami  kesukaran dan kekangan yang dihadapi  dan berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu petugas barisan hadapan dalam meneruskan perjuangan mereka agar kes harian Covid 19 mencapai kadar sifar.