Alam Flora meneruskan kecemerlangan program 1S1T nya dengan ‘housing bin’ yang direka khas dari bahan kitar semula.
Merupakan program tahunan bagi Alam Flora yang bermatlamat untuk penambahbaikan di lokasi perkhidmatannya, pusat tong Alam Flora di Lorong Bukit Bintang, Kuala Lumpur ini kini menggunakan ‘Housing Bin’ yang lebih bercirikan mesra alam dan menceriakan kawasan bagi Pengurusan Sisa Pepejal yang mampan dan sistematik.
Hari ini Alam Flora memperkenalkan sistem Housing Bin ini kepada YBrs. Tuan Haji Anwar Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, turut dihadiri oleh En. Raja Kamal Azizol Raja Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar Operasi Alam Flora Sdn Bhd, YBrs. Tuan Mohd Zahir Shari, Pengarah Swcorp Wilayah Persekutuan, YBrs. Puan Norhayati Mat Said, Timbalan Pengarah JKAS, YBrs. Tuan Yusman Haiti, Pengarah Cawangan Bukit Bintang DBKL dan YBrs. En. Simon Leong, Chairman of Bukit Bintang Central Environmental Committee.
Semoga dengan penambahbaikan menggunakan ‘housing bin’ ini dapat menceriakan lagi kawasan perkhidmatan yang bersih, selamat dan kondusif untuk kesejahteraan dan keselamatan pelanggan yang selaras dengan Pembangunan Kelestarian iaitu Kelestarian Bandar dan Komuniti.