Pada 23-25 Mac yang lepas telah berlangsungnya program OSH Coordinator Competency Program kepada Kontraktor Alam Flora di kawasan perkhidmatan WPPJ.
Program selama 3 hari melibatkan 49 kontraktor dan telah diadakan di Auditorium Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan budaya kerja selamat di kalangan kontraktor dan secara langsung memberi lebih kefahaman mereka berkaitan undang-undang keselamatan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Selain itu, program ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran di kalangan kontraktor tentang kepentingan OSH Coordinator di dalam organisasi mereka.