ALAM FLORA TRANSFORMASI KAWASAN PERKHIDMATAN DEMI PERSEKITARAN SEJAHTERA, BERKUALITI DAN LESTARI
Program Grand 1 Supervisor 1 Transformation Area (Grand 1S1T) merupakan inisiatif penyelia-penyelia Alam Flora untuk membuat penambahbaikan di kawasan konsesi iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang bagi mengekalkan komuniti dan persekitaran bandar yang sejahtera, berkualiti dan lestari.
Transformasi yang dilaksanakan sama ada berkaitan atau melangkaui bidang skop kerja hakiki mereka, di kawasan perumahan mahu pun di kawasan komersial. Kerja-kerja penambaikan tersebut dijalankan di kawasan transformasi sedia ada (Revisit) dan transformasi kawasan baru yang beri impak yang tinggi terhadap komuniti setempat (Big Impact).
Majlis penyampaian hadiah dan perasmian Campsite@Alam Flora program Grand ISIT di Pantai Sungai Ular, Kuantan siang tadi telah dihadiri oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, YH. Dato’ Hamdan bin Hussin, Ahli Lembaga Pengarah Alam Flora, YH. Dato’ Mohamad bin Saib dan Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid.
#JomRawatBumi #ProtectOurBiodiversity #1S1T