Program Singgah Sahur bagi mengedarkan makanan kepada kakitangan yang bertugas pada waktu malam sepanjang bulan Ramadhan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Stesen Pemindahan Kuala Lumpur, Pusat Bandar Kuantan  & KLIA telah diadakan pada 23, 27 & 28 April 2021. Kakitangan terbabit juga turut menerima kurma dan jaket keselamatan “Stronger Together” bersempena sambutan ke-25 tahun Alam Flora. 

Sementara itu, semua kakitangan Kumpulan Alam Flora menerima agihan kurma dan jaket keselamatan yang diperbuat daripada bahan reflektif penglihatan tinggi. Objektif pemberian jaket keselamatan ini adalah bagi mengurangkan risiko kemalangan terutama kepada kakitangan yang menunggang motosikal semasa pergi dan balik dari tempat kerja. Inisiatif ini dilaksanakan atas dasar keprihatinan syarikat dalam memastikan keselamatan kakitangan sentiasa diutamakan.