Penyerahan Raga Kasih Ramadhan 2021 telah berlangsung bermula 5 Mei 2021 di semua Kawasan Perkhidmatan Kumpulan Alam Flora. Seramai 80 kakitangan menerima Raga Kasih yang berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan lain-lain. 

Program ini berjaya mengumpul dana hasil sumbangan kakitangan syarikat Kumpulan Alam Flora yang prihatin di atas nasib rakan sekerja yang kurang bernasib baik. Syarikat Alam Flora telah menambah sumbangan sebanyak 60% bagi menjayakan program ini. 

Diharapkan program ini dapat meringankan beban kakitangan terbabit dalam menghadapi bulan Ramadhan dan persiapan Aidilfitri yang bakal tiba.